“Selagi Takde Vaksln Memang Payah” 51 Bekas Pesaklt C0vid-19 Di Korea Selatan Kembali P0sitif, Virvs Boleh Aktif Balik

Walaupun anda yang pernah dijangkiti Coronavirus telah disahkan negatif dan bebas daripada penyakit itu, admin sarankan anda tetap kena kuarantinkan diri selepas keluar dari hospital.

Ini kerana menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (CDC), 51 bekas pesakit Covid-19 di negara itu kembali positif selepas diuji setelah tempoh kuarantin, lapor Berita Harian.

Perkara ini boleh berlaku dalam dua cara sama ada virus itu kembali aktif atau mereka dijangkiti semula. So, korang memang kena ambil langkah-langkah precaution dengan berhati-hati. 

Jeong Eun-kyeong, Ketua Pengarah CDC berkata ada banyak kes di mana pesakit yang telah diuji negatif menunjukkan keputusan positif setelah diuji semula pada keesokan harinya. Dahsyat betul virus ni. 

Selain itu, di China juga kejadian yang sama turut berlaku. Ada pesakit yang kembali positif setelah ujian dilakukan semula. Malah, ada laporan yang mengatakan ada sesetengah bekas pesakit yang meninggal dunia selepas meninggalkan hospital setelah disahkan sembuh oleh doktor.

Punca kejadian terbabit masih belum dapat dipastikan namun ada juga yang percaya mungkin hasil ujian yang tidak konsisten boleh jadi penyebabnya.

Sama-sama kita doakan agar vaksin Covid-19 akan segera ditemui.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @RoseMerah

Sumber :lobak merah

PERHATIAN: Pihak Rose Merah tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Merah juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.