Barisan Hadapan Seb@k, Menangis, Dan Merayu Dalam Siaran Langsung

Noor Hamiza Gulam, seorang juruteknologi di makmal perubatan itu menitiskan air mata apabila mengenang nasib yang terpaksa berjauhan dengan ahli keluarga.

“DUDUK di rumah, tolong ikut arahan kerajaan. Jangan keluar… penjarakan sosial itu sangat penting sebab itulah kita terpaksa menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

“Kami berkorban jiwa dan masa untuk keluarga kami demi anda semua. Jadi anda semua tolonglah kami, kita jaga kita, duduk di rumah, dan kita lawan COVID-19.”

Itu antara luahan petugas barisan hadapan di Makmal Diagnostik Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM) ketika bersiaran langsung dalam program berita AWANI 7:45.

Noor Hamiza Gulam, seorang juruteknologi di makmal perubatan itu menitiskan air mata apabila mengenang nasib yang terpaksa berjauhan dengan ahli keluarga.

Beliau diberi ‘tanggungjawab’ dan keizinan khas untuk bersiaran secara langsung bagi menunjukkan kepada penonton tentang emosi dan situasi yang mereka hadapi setiap hari ditempat kerja, sejak menularnya wabak koronavirus di negara ini.

Menurut Noor Hamiza, tiada apa lagi yang diinginkan oleh pihaknya, selain mengharapkan orang ramai agar duduk di rumah supaya setiap insan dapat kembali menjalani kehidupan bersama yang tersayang seperti hari-hari biasa.

Tidak cukupkah realiti risiko penularan wabak koronavirus ini untuk menjentik rasa bimbang dan sedar dalam kalangan masyarakat negara ini?

Ketika segelintir daripada kita masih ingkar pada perintah itu, cuba mencabar pihak berkuasa, masih menganggap semua ini main-main, dan menyangka kehidupan tetap berjalan seperti biasa tanpa perlu mengambil peduli… FIKIR SEMULA!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @RoseMerah

Sumber : Astro Awani

PERHATIAN: Pihak Rose Merah tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Merah juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.