“Kenapalah Selfish Sangat” Ibu Jadi Mngsa, Terlantar Di ICU Sebab Anak Tak Kuarantin Lepas Balik 0versea

Sudah menjadi kewajipan buat semua yang baru balik dari luar negara untuk mengasingkan diri  ketika penularan wabak Covid-19 di seluruh dunia. Tolonglah jangan pentingkan diri sendiri.

Namun, seorang wanita warganegara Thailand yang baru sahaja pulang daripada luar negara telah menjadi penyebab ibunya dijangkiti virus ini, lapor The Nation Thailand.

Difahamkan, wanita itu tidak mengasingkan diri (self-isolation) selama 14 hari sebaik tiba di negara terbabit.

Dalam kes ini, wanita tersebut mungkin tidak mengetahui bahawa dirinya merupakan pembawa virus disebabkan dirinya tidak menunjukkan simptom-simptom wabak ini.

Dia pula hanya mengalami tanda-tanda jangkitan setelah ibunya telah mengalami demam selama enam hari walaupun keputusan X-ray adalah normal.

Lagi teruk, ibunya itu juga sekarang sedang terlantar di Intensive Care Unit (ICU) di sebuah hospital di negara itu setelah mengalami masalah pernafasan beberapa hari selepas itu. Ya Allah, kesiannya. 

Menurut Dr Opass Putcharoen yang merupakan ketua Pusat Klinikal Penyakit Berjangkit Universiti Chulalongkorn, ramai antara mereka yang baru pulang dari luar negara tidak mengkuarantinkan diri mereka kerana diri mereka tidak menunjukkan gejala-gejala jangkitan.

Jadi, korang semua kena ambik pengajaran supaya perkara yang sama tidak akan berlaku kat keluarga sendiri.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @RoseMerah

Sumber : lobak merah

PERHATIAN: Pihak Rose Merah tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Merah juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.