“Lelaki Usia 67 Tahun K0rban Ke-62 C0vid-19,” Ada Sejarah K0ntak Rapat Dengan 5 Pesakit Kluster Perhimpunan Seri Petaling

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan 131 kes baharu Covid-19 pada Isnin, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 3,793 kes setakat ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Noor Hisham Abdullah, KKM turut merekodkan satu lagi kematian akibat virus itu pada hari ini.

“Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan
bahawa terdapat pertambahan satu lagi kes kematian berkaitan Covid-19.

“Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 62 kes, iaitu 1.63 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

“Kes kematian ke-62 (kes ke-3663) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 67 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi.

“Beliau mempunyai sejarah kontak rapat dengan beberapa kes indeks positif Covid-19 daripada perhimpunan di Seri Petaling iaitu kes ke-1265, kes ke-1266, kes ke-1267, kes ke-1404 dan kes ke-2549,” ujarnya.

Tambah Dr Noor Hisham, mangsa dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Terengganu pada 29 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 5 April 2020 jam 10.22 pagi.

Dalam pada itu, sehingga kini terdapat seramai 102 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 54 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @RoseMerah

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak Rose Merah tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Merah juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.