“Setelah Lama Berdiam Diri” Hawa Rizwana Tampil Ded4hkan Hubvngan Dia Dengan Fizo Omar.

Hubungan antara Hawa dan Fizo hanya sebagai adik dan abang. PEMBACA berita Hawa Rizwana menganggap komen pelakon Fizo Omar di laman Instagram miliknya baru-baru ini hanyalah kata-kata dari seorang abang kepada adik.

Hawa atau nama sebenarnya Hawa Rizwana Ahmad Redzuan, 24, berkata, dia sudah lama mengenali usahawan tersebut yang juga merupakan kenalan kepada bapanya. “Saya tak rasa dia nak try saya pun sebab hubungan kami macam adik dengan abang sahaja. Saya anggap gosip yang timbul itu sekadar usikan daripada peminat.

Komen Fizo di foto Hawa mengundang perhatian warganet.

“Lebih-lebih lagi kerana status duda dipegangnya,” kata Hawa ketika dihubungi mStar. Hawa diminta mengulas spekulasi warganet bahawa Fizo cuba memikatnya berikutan komen memuji pembaca berita yang sering dikaitkan seiras wajah pengacara Neelofa itu.

Komen Fizo yang mengucapkan tahniah atas tugasan kerjanya yang baik mengundang perhatian warganet yang rata-ratanya mengusik aktor itu. Menjelaskan lebih lanjut, Hawa berkata, dia sudah mengenali Fizo sejak beberapa tahun lalu memandangkan aktor itu mengenali bapanya.

Hawa sudah mengenali Fizo sejak beberapa tahun yang lalu.

“Saya memang peminat abang Fizo dari dulu. Selain mengenali abang Fizo sebagai seorang pelakon, saya kenal dia kerana dia adalah kenalan ayah. Ayah pernah menjadi pengarah di UiTM Arau dan abang Fizo juga merupakan salah seorang alumni di sana. Dia lebih rapat dengan ayah kerana mereka pernah bermain bola sepak bersama-sama,” ujarnya. Sebelum ini, Fizo pernah mendirikan rumah tangga bersama usahawan Mawar Karim pada November 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Wan Maryam yang kini berusia dua tahun.

Terkejut Dengan Jawapan Yang Diberi Mawar Karim Bila Ditanya Tentang Peluang Kedua Untuk Fizo Omar. 

Pasangan kita adalah insan yang paling dicintai justeru, bayangkan semua saat bagaimana kita disatukan. Pada pasangan yang pernah bercinta sebelum disatukan, lihat kembali surat cinta atau hadiah pernah kita dapat daripada pasangan yang menggambarkan betapa dia sangat mencintai dan menghargai kita.

Tidak salah memberi peluang kedua, apatah lagi dalam keadaan pasangan kita belum betul-betul tersesat dan masih boleh mendengar rayuan dan kata hati kita. Di dalam Islam sendiri, ada konsep peluang kedua dan seterusnya selagi mahu dan berdaya.

Perpisahan sesuatu yang dibolehkan tetapi tidak disukai Allah SWT. Penyelesaian kepada masalah ini perlu melihat. puncanya dari segi faktor luaran dan dalaman seperti menjadikan perasaan kasih sayang sebagai penyelesai masalah.

Dari segi saintifiknya, apabila fikiran dan hati memikirkan dan mengenangkan peristiwa serta kenangan manis mengenai suami atau isteri, hormon positif akan keluar ketika kita melakukan membayangkan imej positif itu.

Berita mengenai pelakon Fizo Omar dan Mawar Abdul Karim yang akhirnya telah berpisah di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, pada Rabu nyata mengejutkan ramai. Meski masing-masing sudah pun memberi penjelasan mengenai keputusan yang dibuat, namun rata-ratanya memuji kedua belah pihak yang mengambil pendirian untuk kekal berbaik demi permata hati.

Sementara itu, Mawar yang juga usahawan tudung terkenal turut ditanya media sama ada masih ada peluang untuk keduanya kembali atau ia masih terlalu awal untuk difikirkan. Bagaimanapun, wanita berusia 30 tahun itu tidak belum dapat memberikan jawapan pasti.

Buat sementara ini, saya masih tiada komen. Masih baru lagi benda ni berlaku. Apa pun akan buat yang terbaik, menjadi kawan yang terbaik buat Fizo sebab Maryam (anak),” jelasnya ringkas. Untuk rekod, desas-desus mengenai kemelut yang melanda pasangan ini mulai bertebaran sejak Ramadan lalu.

Bahkan, difahamkan keduanya turut menyambut menyambut Aidilfitri secara berasingan. Fizo dan Mawar mendirikan rumah tangga pada 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata. Dalam Islam, selepas perpisahan dengan talak raj’ie iaitu sama ada tal4k satu atau talak dua, Islam menetapkan isteri perlu menjalani tempoh eddah yang biasanya adalah tempoh tiga bulan.

Kenapakah perlu ada tempoh sebegini? Ya, supaya masing-masing dapat berfikir semula tentang keputusan perpisahan yang telah dibuat, menunjukkan bahawa ianya sebagai peluang kedua untuk kedua-dua pihak bersama semula.

Jika masih ada keserasian, pasangan yang telah berpisah boleh rujuk semula di dalam tempoh eddah tersebut. Malah, sekiranya tempoh eddah telah tamat, pasangan suami isteri tadi boleh menikah semula dengan akad yang baru. Inilah peluang yang Islam berikan demi kesejahteraan rumah tangga agar matlamat kewujudan sesebuah intitusi keluarga dapat direalisasikan.

Seterusnya jangan mencari kesilapan pasangan sebaliknya muhasabah diri. Lihat di mana salah kita dan cuba fikirkan kenapa orang yang kita kenal baik sudah berubah sikap menjadi tidak baik. Jika pasangan yang bersalah atau sama-sama menjadi punca, penyelesaian ialah mengalah dan mohon maaf.

Lupakan dan beri peluang pasangan melakukan kebaikan untuk membuktikan beliau benar-benar menyayangi kita. Untuk memperbaiki semua keadaan, lebih baik kita menilai diri dan cari di mana salah atau kekurangan kita.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @RoseMerah

Sumber: monyethijau via Thereporter

PERHATIAN: Pihak Rose Merah tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Merah juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.