“Uban Bukan Petanda Anda Dah Tua” Ketahui Pvnca Ramb0t Cepat Pvtih

PELBAGAI faktor sering dikaitkan dengan keadaan rambut beruban walaupun usia anda baharu mencecah sekitar 25 tahun.

Setuju atau tidak, golongan wanita sangat beauty conscious jika ternampak sehelai dua rambut putih di kepalanya berbanding kaum lelaki yang lebih relaks.

Malah ada juga yang seperti tidak dapat menerima kenyataan bahawa dia sebenarnya mempunyai rambut beruban.

Namun tahukah anda faktor yang menyebabkan rambut hitam bertukar menjadi putih?

1.Stres

Menurut satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Nature, stres memainkan peranan yang signifikan dalam perubahan warna rambut daripada warna asal kepada warna kelabu.

Walaupun saintis telah lama memahami bahawa terdapatnya hubungan antara stres dan rambut yang beruban, tetapi kajian terbaharu ini telah mengesahkannya dengan lebih mendalam bagaimana ia berlaku.

Pada permulaan kajian, penyelidik melihat kepada kortisol, iaitu sejenis hormon stres yang meningkat naik dalam tubuh apabila seseorang individu tersebut mengalami respons ‘lawan atau lari’ (fight or flight).

Stres juga boleh menyumbangkan kepada rambut beruban.

Kortisol adalah satu fungsi badan yang amat penting, tetapi jika ia sentiasa wujud dengan kadar yang tinggi, ia akan memberikan kesan negatif pada tubuh badan manusia.

Menurut ketua penyelidik kajian ini, Dr. Ya-Chieh Hsu, selepas beberapa hari, kesemua sel stem penghasil pigmen ini hilang dan tubuh tidak lagi dapat menghasilkan kembali pigmen untuk rambut manusia. Ini kerana, kerosakan yang berlaku pada warna rambut ini bersifat kekal.

Dr. Kasey Nichols dari Rave Review pula menyatakan, stres terjadi apabila terdapat ketidakseimbangan antara radikal bebas dan juga antioksidan dalam badan kita atau disebut sebagai stres oksidatif (oxidative stress).

Ia kemudiannya menyebabkan kerosakan pada tisu, protein dan juga DNA. Walaupun stres mungkin memainkan peranan signifikan yang menyebabkan rambut anda menjadi beruban, namun masih terdapat pelbagai sebab lain yang membolehkan ia berlaku.

Merokok salah satu faktor kejadian rambut beruban.

2.Genetik

Menurut Profesor Dermatologi di Pusat Perubatan Universiti Columbia, Dr. Lindsey A. Bordone, rambut beruban disebabkan oleh kehilangan sel pigmen dalam folikel rambut akan berlaku seiring dengan peningkatan usia, tetapi malangnya, tidak terdapat sebarang rawatan yang boleh mengembalikan semula sel pigmen ini.

Beliau juga menyatakan, faktor genetik turut menjadi punca berlakunya rambut beruban terhadap seseorang individu itu.

Tidak terdapat sebarang rawatan perubatan yang boleh mereka lakukan untuk menghalang perkara ini daripada berlaku apabila ia disebabkan oleh faktor genetik.

3.Merokok

Dalam satu kajian yang dijalankan pada 2013, merokok diketahui merupakan salah satu faktor risiko bagi kejadian rambun beruban pramatang.

Selain itu, terdapat juga faktor-faktor lain yang menyebabkan proses uban pramatang seperti kekurangan protein, vitamin B-12, tembaga dan juga zat besi. Di samping itu, ia juga boleh disebabkan oleh pengumpulan stres oksidatif.

Pengambilan vitamin boleh melambatkan proses penghasilan uban.

Tip melambatkan proses uban pramatang:

*Mengambil makanan yang tinggi dengan asid lemak omega-3 seperti ikan salmon dan kacang walnut.

*Kurangkan terdedah daripada cahaya ultraviolet kerana ia boleh merosakkan kulit dan juga rambut anda.

*Vitamin tambahan B-12 dan vitamin B-6 boleh membantu melewatkan proses penghasilan uban.

Kajian yang dilakukan oleh Universiti Harvard ini hanyalah kajian yang dijalankan terhadap tikus semata-mata.

Oleh itu, kajian ini juga perlu dilaksanakan ke atas manusia bagi menguatkan hasil kajian.

Menurut Dr. Ya-Chieh Hsu, bagi memahami dengan lebih tepat lagi, kajian telah meletakkan satu asas untuk mengetahui bagaimana stres memberi kesan kepada tisu dan organ lain dalam tubuh.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @RoseMerah

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak Rose Merah tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Merah juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.