“Tiada Niat Raih P0pulariti” Usia Meningkat, J0doh Tak Kunjvng Tiba Pvnca Hafiz Hamidun Ambil Anak Angkat

USIA yang mencecah 36 tahun menjadi punca penyanyi Hafiz Hamidun membuat keputusan untuk mengambil seorang anak angkat.Hafiz berkata, hasrat untuk menerima kehadiran bayi lelaki yang diberi nama Hamdee Abdul Hafiz itu disambut baik keluarganya.

“Umur pun dah meningkat dewasa tambahan jodoh yang ditunggu tak kunjung tiba sehingga kini.

Hafiz kini bergelar bapa.

“Sabtu lalu saya ada menyuarakan hasrat nak ambil anak angkat tiba-tiba keesokan harinya saya dapat panggilan daripada satu pihak menawarkan seorang bayi yang mencari keluarga angkat.

“Alhamdulillah, semua urusan dan proses untuk mengambil anak angkat selesai pada Isnin dan saya terus bergelar bapa,” kata Hafiz kepada mStar.

Hafiz mendedahkan perkara itu dalam satu sesi pertemuan khas bersama pihak media di Balai Berita, Jalan Riong, Bangsar pada Rabu.

Dalam pada itu Hafiz menegaskan niatnya untuk bergelar bapa tiada terkait dengan dakwaan mahu menjual populariti anak angkatnya itu di media sosial.

Hafiz mahu jaga anak angkatnya dengan baik.

Bagaimanapun, Hafiz berkata, dia belum bersedia untuk mendedahkan wajah bayi tersebut dalam masa terdekat.

Dia juga tidak berniat meraih publisiti atau menjual populariti bayi tersebut di media sosial.

“Niat saya hanyalah ingin menjadi bapa yang baik kepada Hamdee Abdul Hafiz, tiada niat nak jadikan tarikan ataupun raih populariti di media sosial.

“Jadi selepas ini jika ada jodoh dengan mana-mana wanita, dia haruslah dapat menerima kehadiran Hamdee dalam hidup saya,” tambah Hafiz.

Terdahulu, Hafiz menimbulkan tanda tanya apabila memuat naik gambar seorang bayi dengan kapsyen yang seakan mengakui sudah bergelar bapa.

Hafiz sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan kosmetik, Joy Revfa pada 1 Mei 2017 namun mereka bercerai pada 25 Oktober 2017.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @RoseMerah

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak Rose Merah tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Merah juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.