“K0w2 Kena Mak! Pepagi Ni, Service Macam..” Secret Recipe Pula Mngsa Azwan Ali Kerana Lambat

Sejak kebelakangan ini, ada saja yang tidak kena di matanya hingga ditularkan di laman sosial

Kali ini, pengacara kontroversi Azwan Ali, 54, meluahkan kemarahan terhadap sebuah restoran makanan popular dipercayai Secret Recipe.

Kata adik kepada Azmin Ali itu, dia sudah menunggu selama 30 minit, namun pesanannya masih tidak sampai.

“Dah setengah jam saya buat pesanan, tapi tiada siapa pun datang cakap cef mati ke, bahan masakan tak ada.

“Awak fikir saya nak tunggu? Saya akan tularkan hal ini,” ujarnya.

Katanya, kejadian berlaku di cawangan Mid Valley.

Menurut komen seorang pengguna, Azwan yang juga dikenali sebagai Diva AA itu datang ke restoran berkenaan pada waktu tidak sesuai.

Malah, seorang lagi pengguna berkongsi paparan skrin perbualan WhatsApp penjelasan juruwang terbabit.

Azwan kemudian memuat naik beberapa lagi ciapan memaki hamun restoran berkenaan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @RoseMerah

Sumber :  cari

PERHATIAN: Pihak Rose Merah tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Merah juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.