“Bukan Tak Nak K0men Tapi Saya Tersepit” Aliff Syukri Minta Henti Spekvlasi Berkaitan Isv Ke.s Pukvl Anak Angkat

USAHAWAN kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri memilih untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan meskipun diasak dengan pelbagai soalan berhubung dakwaan dia melakukan penderaan terhadap anak angkatnya, baru-baru ini.

Aliff berkata, tindakannya mengunci mulut daripada mengeluarkan kenyataan adalah kerana bimbang jika ianya menganggu siasatan polis.

“Di sini apa yang boleh saya cakap isu saya ini masih dalam siasatan polis lagi. Apa-apa pun terima kasih atas kerjasama pihak media memberikan perhatian kepada isu saya ini.

“Saya bukan tak nak komen tapi saya tersepit… sebab tidak boleh bercakap lebih mengenai perkara ini kerana ia sudah menjadi kes polis.

“Biarlah mereka membuat siasatan. Saya tidak mahu mengeruhkan keadaan lagi. Saya berharap perkara ini dapat diselesaikan segera,” katanya.

Aliff didakwa pukul anak angkat.

Sementara itu, Aliff meminta netizen tidak membuat sebarang spekulasi berhubung isu ini dan memberi ruang kepada pihak berwajib menjalankan siasatan.

“Saya harap supaya masyarakat terutama netizen berhenti membuat sebarang spekulasi… biar orang yang sepatutnya buat kerja,” ujarnya.

Sebelum ini, Aliff didakwa memukul anak angkatnya bernama Aminah Alip Shah dalam satu kejadian yang berlaku di kediamannya yang terletak di Petaling Jaya pada 28 Februari lalu.

Difahamkan pembantu rumah kepada pengasas produk Dherbs itu sendiri yang melaporkan kepada pihak polis sehari selepas kejadian tersebut.

Aliff memilih untuk kunci mulut.

Suspek dikatakan memukul menggunakan tangan pada muka kanak-kanak terbabit semasa mahu merakam gelagatnya menangis untuk kandungan YouTube.

Terdahulu, tular salinan laporan polis yang yang turut tertera nama Datuk Seri Aliff Syukri dan anak angkatnya Aminah Alip Shah.

Malah, Instagram usahawan kosmetik itu turut mula dibanjiri dengan komen netizen yang mahukan penjelasan berhubung isu ini.

Pada Khamis lalu, pihak polis mengesahkan sudah menahan Aliff bagi membantu siasatan.

Bagaimanapun, Aliff dibebaskan dengan jaminan polis pada hari sama.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @RoseMerah

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak Rose Merah tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Merah juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.