Video “C0ntest Punya Pasal, Sampai Sangg0p Pvkul Anak Angkat” Usahawan K0smetik Buat Hal Lagi

USAHAWAN kosmetik terkenal didakwa memukul anak angkatnya berusia dua tahun dalam satu kejadian yang dilaporkan berlaku pada bulan lalu.

Kejadian itu dipercayai berlaku di kediaman usahawan kosmetik berkenaan yang terletak di Petaling Jaya, Selangor.

Menurut laporan Berita Harian, usahawan terbabit dikatakan memukul menggunakan tangan pada muka kanak-kanak terbabit semasa mahu merakam gelagatnya menangis untuk kandungan media sosial.

Berdasarkan laporan berkenaan, pengadu berkata suspek memanggilnya untuk masuk ke dalam bilik kasut bersama mangsa selain mengarahkannya untuk memukul kanak-kanak terbabit.

Namun pengadu mendakwa dia tidak menuruti arahan berkenaan kerana bimbang kanak-kanak itu cedera.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal ketika dihubungi portal berkenaan mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

Salinan laporan polis yang tular di media sosial dan komen netizen di Instagram milik Aliff Syukri.

“Kami sudah merakam keterangan daripada semua saksi termasuk suspek. Kertas siasatan berhubung kejadian itu dijangka siap dalam minggu ini.

“Ia akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

Sementara itu, menerusi ruangan Facebook, tular salinan laporan polis yang yang turut tertera nama Datuk Seri Aliff Syukri dan anak angkatnya Aminah Alip Shah.

Malah, Instagram milik usahawan kosmetik itu turut mula dibanjiri dengan komen netizen yang mahukan penjelasan berhubung isu ini.

Tular rakaman video seorang kanak-kanak mengalami kecederaan pada tubuh akibat dipukul.

“Betul ke Datuk pukul Ameena? Sebab nak live sanggup pukul?

“Betul ke pukul anak angkat? Aku tak kisah kalau anak buat salah tapi pukul pun ada had, bukan sebarangan.

“Kasihannya, sampai hati Datuk pukul Ameena, siap ada report polis lagi,” komen netizen.

Bagaimanapun sehingga kini, Aliff masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @RoseMerah

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak Rose Merah tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Merah juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.