“Aliff Syukri Batal Sidang Media Tergempar Penjelasan Dkwaan PukvI Anak Angkat,” Jemputan Dibuat Tanpa Pengetahuan

USAHAWAN kosmetik kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri membatalkan sidang media tergempar yang sepatutnya berlangsung kira-kira pukul 3 petang Khamis pada saat-saat akhir.

Difahamkan sidang media berkenaan dibuat bagi menjelaskan mengenai satu lap0ran p0lis terhadapnya berhubung d4kwaan memvkul anak angkat.

Namun wakil usahawan itu menerusi aplikasi WhatsApps memberitahu perancangan untuk mengadakan sidang media itu dibuat tanpa pengetahuan Aliff.

“Majlis sidang media bersama Aliff Syukri yang dijadualkan berlangsung petang ini dibatalkan kerana dirancang tanpa pengetahuannya.

Aliff dan isteri bersama Aminah.

“Pada awalnya pengurus Aliff yang mahu sidang media ini diadakan, jadi ia dibatalkan kerana kes tersebut masih lagi dalam siasatan pihak berkuasa,” tulisnya.

Terdahulu Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

Pada Rabu, Harian Metro melaporkan mangsa yang berusia dua tahun dipukul dengan menggunakan tangan dan kasut serta dicubit sehingga meninggalkan kesan pada badannya.

Beberapa gambar serta video kecederaan Aminah dikongsi pengguna laman sosial.

Suspek dikatakan memukul mangsa yang menangis ketika dia sibuk merakam video untuk kandungan YouTube miliknya.

Bagaimanapun sehingga kini, Aliff belum memberikan sebarang kenyataan berkaitan isu terbabit.

Sementara itu ruangan komen di Facebook rasmi penyanyi lagu Abang Nak Tegur itu turut dibanjiri dengan pertanyaan netizen yang mahukan penjelasan tentang isu terbabit.

“Betul ke Datuk pukul Ameena? Sebab nak live ke sanggup pukul?

“Kasihannya, sampai hati Datuk pukul Ameena, siap ada report polis lagi,” tulis netizen.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @RoseMerah

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak Rose Merah tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Merah juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.