“Selamat Pengantin Baharu” Emma Maembong Akhirnya S4h Jadi Isteri Kepada Juruterbang Muhammad Shazli

Selepas spekulasi mengatakan bahawa Emma Maembong bernikah pada hari ini, akhirnya Emma dan pasangannya selamat diijab kabul sebentar tadi.

Anggun berbusana putih, Emma terlihat manis disunting juruterbang sebagai isteri.

Manis Emma diatas pelamin

Dengan sekali lafaz, Emma Maembong, 27, sah bergelar isteri kepada Muhammad Shazli Azhar, 32, pada majlis tertutup di sebuah premis acara di Bukit Damansara, di sini, jam 11.58 pagi tadi.

Berwalikan bapa kandung

Pasangan itu dinikahkan Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohammad Akmal Abdul Aziz berwalikan bapa pengantin perempuan, Ismail Embong.

Pada majlis berkonsep rona putih dihadiri 300 tetamu itu, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM2,000 dan senaskhah al-Quran, selain tujuh dulang hantaran berbalas lima dulang.

Bagaimanapun, wang hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga. Selain adik-beradik Emma seperti Chacha Maembong, rakan artis lain yang hadir adalah Mawar Rashid, Alvin Chong, Aprena Manrose dan Oktovia Manrose.

Anggun mengenakan persalinan rona putih rekaan Ezuwan Ismail, Emma atau nama penuhnya, Fatimah Rohani Ismail bersyukur perancangan sejak beberapa bulan lalu lancar.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @RoseMerah

Sumber : instagram @mrsaprenamanrose, OMM, Hlive

PERHATIAN: Pihak Rose Merah tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Merah juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.