“Lukis Mural Wajah Arwh Abam Bocey” Sebagai Pengubat Rindu

Pemergian pelawak terkenal, Allahyarham Abam Bocey merupakan satu kehilangan besar dalam industri seni tanah air. Sehingga ke hari ini, arwah masih lagi diingati oleh para sahabat dan peminatnya.

Mural Abam tanda peringatan

Sebagai pengubat rindu, seorang pelukis, dikenali sebagai SuhaimieyAlipainter di IG, telah mengabadikan mural wajah arwah Abam Bocey sebagai tanda penghargaan yang pernah membuatkan rakyat Malaysia terhibur dengan jenakanya.

Sementara itu, meskipun baru-baru ini ada beberapa cerita tidak enak didengar mengenai keluarga arwah Abam, tetapi ia tidak memudarkan ingatan orang terhadap kebaikkan arwah.

Sehingga ke kini, masih ramai yang menziarahi kubur pelawak Allahyarham Abam Bocey di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak

Abam meninggal dunia pada usia 32 tahun di kediamannya di Gombak pada jam 7.15 pagi, 10 Februari lalu. Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan hamba Allah ayah beriman.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @RoseMerah

Sumber : SuhaimieyAlipainter & Harian Metro

PERHATIAN: Pihak Rose Merah tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Merah juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.