“Tr0fi AJL Bel0m Sej0k,” Bekas Kekasih Naim Daniel ‘Claim’ Sumpah Ciptaan Bersama

Baru sahaja beberapa minggu Naim Daniel menggenggam trofi Anugerah Juara lagu 34 dengan lagunya Sumpah. Lagu yang dicipta dan ditulis sendiri dengan kerjasama Omar K telah menjadi fenomena apabila berjaya meraih lebih 20 juta tontonan di YouTube.

Bak kata orang, rumah siap, pahat berbunyi, lagu dendangan Naim tersebut mulai kembali menjadi sebutan selepas kontroversinya bersama bekas kekasih iaitu Dayana Amerda berhubung kait hak ciptaan lagu kembali di gembar-gemburkan.

Sidang media minta Naim jujur

Pada tahun lalu, isu lagu tersebut pernah diutarakan namun kembali senyap selepas Naim membuat permohonan maaf kepada ibu Dayana dan dimaklumkan menerusi Instagram.

Namun, sebentar tadi, Dayana bersama peguam serta ibunya telah membuat sidang media membawa isu tersebut ketengah. Mereka juga meminta agar Naim Daniel segera membuat penjelasan dalam masa seminggu agar hal ini dapat dibincangkan.

Bukan mahu duit, cuma mengaku

Menurut Dayana, dia langsung tidak mahu keuntungan diatas lagu tersebut namun hanya mahukan kejujuran Naim berhubung hak ciptaan bersama lagu tersebut kerana mereka menggubal lagu tersebut bersama ketika masih bergelar pasangan kekasih.

Hal tersebut mungkin susulan kenyataan Naim yang dibuat menerusi Instagramnya berkenaan mana-mana individu yang mahu mengeluarkan sebarang pendapat berkenaan karyanya berhubung kait dengan hak cipta.

Beri tempoh seminggu

Terdahulu, kontroversi berkenaan lagu Sumpah pernah tular seketika apabila Naim secara berkias memaklumkan kisah cintanya yang tidak kesampaian menerusi satu temu bual.

Tanpa mendedahkan sebarang nama, Dayana Amerda telah tampil mengulas isu tersebut serta menyentuh berkenaan lagu Sumpah.

Enggan mengeruhkan lagi keadaan, Naim telah menghubungi Ibu kepada juara Idola Kecil 4 itu untuk memohon maaf diatas perkara tersebut. Mereka juga telah menganggap kes ini selesai.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @RoseMerah

Sumber : Astro GempakHlive

PERHATIAN: Pihak Rose Merah tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Merah juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.