“Kahwin Dengan Putera Raja, Kenapa Jadi Krew Kabin” Wanita Terharu Ditegur Miliki Wajah Iras Meghan Markle

PELANDUK dua serupa.

Mungkin itulah perkataan yang sesuai untuk menggambarkan persamaan wajah antara seorang krew kabin dengan isteri Putera Harry, Meghan Markle.

Menurut Christine Mathis, 32, dia mula ditegur akibat persamaan itu ketika Meghan popular dalam rancangan televisyen The Suits pada 2011.

Ujar petugas penerbangan JetBlue itu, teguran semakin memuncak apabila aktress itu memulakan hubungannya dengan Harry.

Katanya lagi, dia sering dihampiri penumpang pesawat yang mahu mendapatkan kepastian.

“Mereka tanya, adakah saya berlakon dalam The Suits? Jadi saya buat carian Google dan rasa terharu. Meghan sangat cantik.

“Kami juga ada persamaam, kami memiliki darah campuran. Saya semakin kerap ditegur lepas Meghan bercinta dan berkahwin dengan Harry.

“Ada yang tanya… kahwin dengan putera raja, kenapa jadi krew kabin. Selalu berlaku tapi saya tak kisah,” ujarnya lagi.

Malah kata wanita itu, persamaan wajah dengan Meghan dianggap sebagai satu pujian untuk dirinya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @RoseMerah

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak Rose Merah tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Merah juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.