“Netizen Terk3jut Gaji Neelofa Sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Terb0ngkar” Iaitu Cecah Lebih RM270,000.

Netizen Terk3jut Gaji Neelofa Sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Terbongkar Iaitu Cecah Lebih RM270,000.

Ramai sudah sedia maklum dan mengetahui bahawa Neelofa merupakan antara wanita yang terkenal di Malaysia.

Bukan sahaja kerana dia anak seni tetapi disebabkan oleh kebijaksanaannya dalam bidang bisnes.

Semua pasti kenal dengan jenama Naelofar Hijab dan susu pisang Nilofa kan? Bagi yang mungkin sudah lupa, pada tahun 2017, usahawan wanita itu telah dilantik sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif untuk syarikat penerbangan terkenal iaitu AirAsia.

Keputusan itu mendapat persetujuan semua ahli pengarah AirAsia atas sebab Neelofa merupakan usahawan yang berjaya dan bijak lantas boleh menyalurkan idea baru untuk tranformasi syarikat itu kepada penerbangan digital.

Pun begitu, selepas lantikannya itu, kita tiada mendengar langsung perkembangan mengenai tugasan atau sumbangan wanita cantik itu kepada syarikat penerbangan tambang murah tersebut.

Mungkin tidak dihebohkan kepada umum, namun ramai juga yang tertanya-tanya apakah signifikan Neelofa dengan jawatan yang besar itu.

Baru-baru ini, tular ‘resit’ pendapatan wanita itu sebagai salah seorang ahli lembaga Safety Review Board untuk AirAsia pada tahun 2018. Mengejutkan kerana gaji yang diterimanya ialah RM279,375 tidak termasuk elaun sebanyak RM8,000.

Segelintir netizen meluahkan rasa tidak faham mereka kenapa Neelofa dimasukkan di bawah Safety Review Board sedangkan dia tiada latar belakang mengenai keselamatan penerbangan. Selain itu, ada yang tertanya-tanya atas usaha apa yang membolehkan dia menerima pendapatan sebanyak itu.

Pun begitu, ada juga netizen yang merasakan bahawa Neelofa layak menerima jumlah wang tersebut dan orang lain tidak perlu mempersoalkannya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @RoseMerah

Sumber : vkp

PERHATIAN: Pihak Rose Merah tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Merah juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.