“Mas0k Air La…” Syatilla Melvin Dan Adik-Beradik Jadi Duyung Bikin Ramai Terhibur

Siapa saja yang tidak kenal dengan pelakon, Syatilla Melvin dan bukan hanya dirinya saja dikenali dalam industri hiburan tanah air malah adik-beradik perempuan selebriti jelita ini juga sudah dikenali ramai.

Bagaimanapun, Syatilla Melvin dan adik-beradiknya itu tidak hanya melibatkan diri dalam dunia lakonan malah mereka kini bergelar usahawan bersama-sama.

Perniagaan isteri kepada pelakon terkenal, Shaheizy Sam ini juga sudah tidak perlu diperkenalkan malah, mereka juga giat berkongsikan produk mereka menerusi laman Instagram.

Namun begitu, apa yang mencuit hati ramai lagi Syatilla Melvin ada memuat naik satu rakaman lucu dia bersama adiknya menjadi duyung yang difahamkan sedang shooting untuk produk mereka.

Ujar ibu kepada dua orang anak ini, “kenapa nak stress kalau boleh buat lawak” berjaya membuatkan peminat dan pengikutnya gelak besar melihat gelagat dua beradik ini.

 

View this post on Instagram

 

Kenapa nk stress kalau boleh buat lawak?🤣🤣🤣 @kekasih_hq #kekasihunderthesea #satukekasihcukupke

A post shared by S Y A T I L L A M E L V I N (@samtilla) on

Malah, posting Syatilla Melvin dilaman sosial miliknya itu meraih lebih 27 ribu tanda suka dan ribuan tontonan sejak dimuat naik olehnya.

Kata netizen, mereka memang ‘masuk air’ dan ternyata diruangan komen rata-rata merasa terhibur apatah lagi Syatilla Melvin juga sering membuatkan netizen geli hati melihat gelagatnya.

“Hahaha terhibur sis. Asal tengok Kak Tilla gelak…”

“Macam macam la korang”

“Comelnya semua…”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @RoseMerah

Sumber: Instagram Syatilla Melvin

PERHATIAN: Pihak Rose Merah tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Merah juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.