“Kec0h Isu Sajat Didkwa Bertelekung Di Tanah Suci,” Lisdawati, Janna Nick Dan Ajak Shiro Antara Yang Beri Resp0n, Ini Reaksinya…

Kecoh di laman sosial apabila usahawan Nur Sajat yang baru sahaja selesai tunai umrah bersama keluarga didakwa ada bertelekung selain dilihat memasuki tempat solat wanita.

Turut disertai beberapa rakan, ia secara langsung menimbulkan reaksi pelbagai dan difahamkan, perkara tersebut telah dibawa ke pihak atasan di sana, sebagaimana yang didakwa.

Selain peminat, golongan selebriti turut sama memberikan reaksi dan seterusnya menyuarakan pendapat berhubung isu terbabit.

Sementara itu,dua pencetus ummah (PU) Amin dan PU Rahmat turut memberikan respon terhadap isu yang sedang hangat diperkatakan ini.

1. Lisdawati

 2. Iesya Toh

 3. Ajak Shiro

 

View this post on Instagram

 

Abaya: @primavalet ❤️ Skincare: @whitefluffy.my ( RM35 )

A post shared by Janna Nick (@jannanick) on

4. Janna Nick

 

View this post on Instagram

 

Abaya: @primavalet ❤️ Skincare: @whitefluffy.my ( RM35 )

A post shared by Janna Nick (@jannanick) on

5. Noorkhiriah

 

View this post on Instagram

 

Allah Maha Mengetahui..harap ada hikmah sebalik kejadian..& janganlah susu sebelanga rosak kerna nila setitik.

A post shared by Noorkhiriah Ahmad Shapie (@khiriah17) on

6. Yatt Hamzah

 

View this post on Instagram

 

Adakah mrk juga jahil spt Arab Badwi itu? Bagaimana dg kursus ibadah Umrah yg sepatutnya menjadi guideline sepanjang berada di tanah suci? Tiadakah ahli keluarga, petugas2 agensi Umrah dan jemaah dlm group yg boleh menegur mrk? . Cukupkah hanya dg mendoakan? Bukankah satu keWAJIBan buat kita menegur dan membetulkan apatah lg bila ia melibatkan kesucian agama, maruah tanah air & kesejateraan bangsa sendiri? . Bayangkan… Kalau tiba2 ada jemaah wanita berpakaian lelaki dlm saf lelaki sdg solat dlm masjid apatah lg Masjidil Haram, apakah reaksi dan respon kita? Hanya lihat, biarkan dan mendoakannya? . Ya Allah, tunjukkan kami jalan yg benar..Jalan yg Kau redhai..Bukan jalan yg Kau murkai..Bukan juga jalan mrk yg sesat.. Aameen.. 🤲🤲🤲 . #yattmengayat #fromtheheartofamujahidah #darihatiseorangmujahidah #bondaYattshare #HelpusOhAllah #Allahuakbar #astaghfirullah #sad #mad #istighfar #Allah

A post shared by Yatt Hamzah (@yatthamzah_suci) on

7. Pu Amin

 8. Pu Rahmat

 

View this post on Instagram

 

Rasulullah Mengusir MakNyah Dari Ruang Wanita ============ 1. Tahukah anda bahawa Rasulullah ﷺ pernah mengusir seorang mukhannath (lelaki berperwatakan wanita/maknyah) daripada duduk dalam ruang bersama wanita? Hadith ini tidaklah secara spesifik menceritakan tentang situasi dalam masjid, namun keberadaan seorang mukhannath bersama kaum wanita pernah menjadi perhatian Rasulullah. 2. Hadith ini diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari yang menceritakan bagaimana seorang mukhannath (lelaki berperwatakan wanita) duduk di dalam rumah Ummu Salamah, isteri Rasulullah ﷺ. Mukhannath ini dikatakan mendedahkan rahsia perihal sosok tubuh wanita Taif kepada Abdullah ibn Abi Umayyah (saudara kepada Ummu Salamah). Beliau menceritakan perihal wanita Taif (anak-anak perempuan Ghaylan) yang mempunyai tubuh yang gebu. 3. Mendengar perbualan ini Rasulullah ﷺ melarang mukhannath ini dari duduk bersama dengan wanita Muslimah. Ini kerana mukhannath tersebut akan mengetahui aurat dan sosok tubuh wanita Muslimah sehingga boleh mendedahkannya kepada orang awam. Dengan itu Rasulullah ﷺ menegaskan: لاَ يَدْخُلَنَّ هَؤُلاَءِ عَلَيْكُنَّ “(Wahai para wanita)Jangan biarkan mereka ini (mukhannath) masuk bersama dengan kamu (para wanita)!” 4. Menurut al-Imam al-Syawkani (Nayl al-Autar, Dar al-Hadith, 1993, 2654), Rasulullah mengusir mukhannath ini adalah disebabkan kerana tiga sebab utama iaitu: (a) أنه كان يظن أنه من غير أولي الإربة ثم لما وقع منه ذلك الكلام زال الظن Pada asalnya mereka (para sahabat) menyangkakan bahawa mukhannath yang masuk ke rumah isteri Rasulullah tersebut adalah golongan yang tidak mempunyai nafsu terhadap wanita. Namun setelah mendengar perbualannya tentang perempuan Taif (anak-anak Ghaylan), telah nyata, mukhannath ini mempunyai nafsu atau tahu kehendak nafsu lelaki terhadap wanita, maka Rasulullah mengusirnya. Sekiranya ada dikalangan maknyah yang solat ditempat wanita, bagaimana kita boleh pastikan mereka tidak mendedahkan aurat wanita Muslimah yang lain? (b) وصفه النساء ومحاسنهن وعوراتهن بحضرة الرجال Mukhannath tadi telah menceritakan sifat-sifat kecantikan wanita serta aurat mereka ketika beradanya orang lelaki bersama mereka. Ini adalah satu kebimbangan

A post shared by Rahmat Ikhsan / Pu Rahmat (@pu_rahmat93) on

Dalam perkembangan lain, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof kesal dengan tindakan usahawan itu yang berpakaian seperti wanita ketika berada di Tanah suci ketika mengerjakan umrah baru-baru ini.

Malah, pihaknya akan bertemu dengan agensi pelancongan yang menawarkan perkhidmatan umrah bagi mengelakkan perbuatan sama berlaku di masa depan kerana mereka yang seharusnya membuat penelitian supaya tindakan yang menjejaskan sensitiviti.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @RoseMerah

Sumber : Instagram Selebriti, Harian Metro

PERHATIAN: Pihak Rose Merah tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Merah juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.