“Itu Antara Saya Dengan Allah, Yang Penting Nawaitu” Sajat Beri Penjelasan Tentang Pemakaiannya, Sudah Jangka Dikec@m

TINDAKAN usahawan kosmetik, Nur Sajat mengenakan pakaian seperti wanita lengkap bertelekung ketika mengerjakan ibadah umrah baru-baru ini telah mengundang kecaman hebat masyarakat.

Menyedari akan ada yang mengkritik penampilannya, Sajat menerusi video temubual bersama jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri berkata pemakaiannya itu merupakan urusan dia dengan Allah SWT.

“Bagi saya itu antara saya dengan Allah, yang penting nawaitu (niat) benda ni sebab kalau tanya semua orang nak pergi ke sana.

“Saya dekat sana memang dah bersedia, apa sahaja cara berpakaian itu antara saya dengan sang pencipta… nawaitu saya nak tunaikan umrah dengan ibu bapa dan anak-anak,” katanya.

Sajat atau Muhammad Sajjad Kamaruzzaman berkongsi luahannya itu menerusi laman Youtube TV Terlajak Laris yang dimuat naik pada Ahad lalu.

Sajat bawa ibu dan bapanya menunaikan ibadah umrah.

Difahamkan, rakaman video tersebut dilakukan sebelum rombongannya berangkat ke Tanah Suci Makkah pada 28 Januari lalu.

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila Sajat dilihat mengenakan pakaian seperti wanita ketika mengerjakan ibadah tersebut.

Perkara itu ternyata mengundang kemarahan netizen yang rata-rata menyifatkan ia suatu penghinaan yang dibuat terhadap agama Islam.

“Saya dekat sana memang dah bersedia, apa sahaja cara berpakaian itu antara saya dengan sang pencipta… nawaitu saya nak tunaikan umrah dengan ibu bapa dan anak-anak!”

NUR SAJAT

USAHAWAN KOSMETIK

Isu ini turut menarik perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa yang turut kesal dengan tindakan Sajat bersama beberapa individu lain.

Penampilan Sajat itu menimbulkan rasa tidak puas hati segelintir pihak dan menyifatkan ia telah mencemarkan imej Islam.

Rakaman temubual Sajat bersama Datuk Seri Aliff Syukri.

“Dia telah menjejaskan satu imej yang dalam IC (kad pengenalannya) sebagai seorang lelaki dan dia seorang lelaki secara biologinya pergi ke Makkah, saya difahamkan masa naik flight semuanya elok pakai sebagai lelaki.

“Orang yang menyaksikan peristiwa itu menyatakan rasa tidak puas hati kerana dia telah menceroboh ruang yang sudah ditentukan ke atas wanita dengan berpakaian sedemikian rupa.

“Saya amat kesal sudahlah perbuatan dia itu menjejaskan imej, dipaparkan pula dalam Instagram, seolah-olah perkara itu tidak ada kesalahan… saya bercakap dari segi Islam, bukan dari segi hak asasi manusia,” katanya.

Sehingga kini, Sajat yang dipercayai masih berada di Makkah enggan mengulas lanjut mengenai isu tersebut.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @RoseMerah

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak Rose Merah tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Merah juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.