“Tidak Bersvbahat,” Agensi Pelanc0ngan Lap0r Kess Sajjad Pada K0nsulat

Kes usahawan kosmetik, Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Bin Kamaruzzaman, kini sudah menjadi semakin serius.

Difahamkan, pihak Albayt Travel (M) Sdn Bhd yang bertanggungjawab menguruskan perjalanan Umrah usahawan tersebut bersama keluarga dan rakan-rakannya, telah pun mengambil tindakan atas insiden yang berlaku.

Dalam satu kenyataan, atas nasihat daripada Mutawwif yang bertugas di Makkah, tindakan Nur Sajat memakai pakaian wanita dan bertelekung ketika di Tanah Suci telah pun dilaporkan kepada Konsolat Malaysia di Jeddah, Arab Saudi.

Mereka faham tatacara dalam beribadat

Menurut pihak Albayt Travel, kesemua pelanggan yang mengikuti pakej umrah, dengan menggunakan visa pelancong, telah dimaklumakan mengenai tatacara hukum hakam ibadah umrah serta ziarah mengikut jantina asal mereka.

“Pihak pelanggan mengakui faham akan hal itu berikutan status jantina yang mungkin akan menyentuh sensitiviti ramai dalam kalangan masyarakat Muslim…”

“Oleh itu, pihak Albayt mengambil langkah yang penuh berhati-hati bermula penyusunan dokumen untuk pemprosesan visa, kursus pemantapan umrah khas dan sehinggalah soal yang menyentuh perihal ibadah sepanjang berada di sana (Makkah),” katanya…”

Dah pesan jangan kongsi di media sosial

Terdahulu, pihak mereka sudah menasihati usahawan tersebut agar tidak menghebohkan percutian ibadah umrah di media sosial kerana dikhuatiri menimbulkan pelbagai tanggapan masyarakat.

“Atas nasihat awal Albayt itu, pihak pelanggan bersetuju untuk mematuhi serta menghormati pandangan umum dengan tidak sesekali memaparkan sebarang bentuk visual kepada khalayak umum berkaitan hal yang boleh menyebabkan berlakunya salah tafsir…”

Bagaimana pun, pihak mereka sedikit kesal kerana apa yang berlaku sememangnya di luar jangkaan mereka, sedangkan sebelum pergi mereka mengakui faham akan syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @RoseMerah

Sumber : Harian Metro

PERHATIAN: Pihak Rose Merah tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Merah juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.