“Kita Dekat Sini Ok Je Sis” Kawan K0ngsi Perbualan WhatsApp Sajat Tidak Dithan Pihak Berkuasa Dan Masih Teruskan Umrah

Masih lagi hangat di perkatakan mengenai tindakan usahawan terkenal dari Malaysia iaitu Nur Sajat yang dikatakan memakai telekung semasa berada di Mekah.

Pada sebelum ini, pihak agensi umrah yang membawa Sajat sekeluarga telah menasihatkan usahawan itu untuk mengubah penampilan dan tidak memuat naik sebarang gambar berpakaian seakan-akan wanita bagi mengelakkan berlakunya sebarang penyebaran fitnah.

Bukan itu sahaja, harini ini juga tular di laman Facebook yang mengatakan bahawa Sajat telah di tahan di lapangan terbang oleh pihak berkuasa kerana berpakaian menyerupai wanita.

Namun info yang mengatakan Sajat sudah ditangkap tidak dapat dipastikan kesahihannya kerana tidak lama kemudian, seorang kawan Sajat memuat naik perbualan mereka di WhtasApp yang menunjukkan Sajat masih lagi bebas dan tidak ditangkap sama sekali.

Tak ada apa, kita ok sis”

Menurut perkongsian di laman Facebook oleh Founder Zaira, usahawan itu tidak ditangkap dan masih lagi menunaikan ibadah umrah seperti biasa.

Nur sajat berkata bahawa dia berada dalam keadaan yang baik sahaja dan meminta orang ramai untuk mendoakan yang baik-baik untuknya sahaja.

Bukan itu sahaja, menurut personal assistant (PA) Nur Sajat, ketika di tanya mengenai keadaan mereka dia kelihatan bersahaja dan sepertinya tidak dihalang oleh pihak berkuasa untuk menjalankan ibadah umrah.

Melalui perkongsian itu juga, Sajat turut dikatakan akan pergi mengunjungi Hajar Aswad disebelah malam pada hari ini.

“Sambil berwuduk call WhatsApp saya, tak habis-habis menceritakan ibadah serta doa dia dekat sana, gembira saat-saat masuk ke Hijr Ismail.

“Malam nanti katanya nk cuba peluk cium Hajar aswad pula. Subhanallah.” Founder Zaira

Tambahnya lagi, dia tidak mahu mengulas dengan lebih lanjut mengenai keputusan Sajat untuk mengenakan telekung sebagai pakaian untuk menjalankan ibadah umrah.

“Pasal bertudung kita tak nak ulas lebih-lebih sebab kita pun bukan sempurna.

“Yer betul ramai yang kata back to basic matlamat tak menghalalkan cara. Mungkin untuk mengelakkan difitnah, menganggu jemaah yang lain saya kurang pasti.” Katanya

Semoga ibadah umrah Sajat mendapat keredhaan dan keberkatan dariNya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @RoseMerah

Sumber : Lobak Merah

PERHATIAN: Pihak Rose Merah tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Merah juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.