Kor0navirvs: China Sahkan Sudah 80 Kematlan

WUHAN – [DIKEMASKINI] Pihak berkuasa kesihatan China hari ini mengesahkan terdapat 2,744 kes pneumonia disebabkan 2019 Novel Coronavirus (2019-nCoV) termasuk 461 dalam keadaan kritikal, setakat malam tadi.

Menurut Suruhanjaya Kesihatan Negara berkenaan, dalam tempoh 24 jam lalu dilaporkan, sebanyak 769 kes baharu disahkan, manakala 3,806 kes disyaki dan 24 kematian di Hubei.

“Menjelang Ahad, 80 kematian dicatatkan akibat radang paru-paru. Seramai 51 orang sudah pulih, manakala 5,794 kekal sebagai pesakit yang disyaki.

“Sejumlah 32,799 kenalan rapat pesakit dikenal pasti pernah berhubung dengan pesakit, seramai 30,453 sedang menjalani pemerhatian perubatan manakala 583 orang lagi telah dibenarkan keluar wad,” kata kenyataan itu lagi.

Selain itu, 17 kes disahkan di tiga wilayah iaitu lapan kes di Hong Kong, Macau (5) dan Taiwan (4).

Sementara itu, jumlah kes dilaporkan di luar negara ialah Thailand (7), Jepun (3), Republik Korea (3), Amerika Syarikat (3), Vietnam (2), Singapura (4), Malaysia (4), Nepal (1), Perancis (3) dan Australia (4).

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @RoseMerah

Sumber : Sinar Harian

PERHATIAN: Pihak Rose Merah tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Merah juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.