“Put0s Kawan” Vanessa Angel Sekat Instagram Lucinta Luna Gara-gara Hlna Bav Ketlak Suami

PENYANYI dangdut kontroversi Indonesia, Lucinta Luna menghina suami selebriti Vanessa Angel iaitu Bibi Ardiansyah apabila mendakwa lelaki itu memiliki bau badan yang kurang menyenangkan.

Perkara memalukan itu didedahkannya menerusi beberapa siri rakaman audio yang tersebar di laman Instagram individu bernama Gebby Vesta.

Menerusi rakaman itu, kedengaran Lucinta Luna menyebut mengenai bau badan suami Vanessa dengan mengaitkannya dengan tempat asal iaitu dari Bali, Indonesia.

“Ya, saya serius… demi tuhan, ketiaknya berbau.

“Biasalah, orang Bali kan makan daging haiwan liar… saya tak suka dengan bau badannya,” kata Lucinta Luna.

Vanessa Angel dan Lucinta Luna sebelum ini sangat akrab.

Berang dengan sikap Lucinta Luna yang disifatkan biadab, Vanessa bertindak menyekat akaun Instagram penyanyi kontroversi berkenaan.

Selain itu, suami Vanessa turut memberi amaran kepada Lucinta Luna untuk tidak menyentuh mengenai asal usulnya yang dianggap sensitif.

“Hati-hati ya apabila kamu mengatakan masyarakat Bali itu berbau,” tulisnya.

Vanessa dan Lucinta Luna sebelum ini berkawan baik dan sering mengenakan pakaian dan kerap memuat naik foto bersama.

Malah, Lucinta Luna juga merupakan antara tetamu yang hadir pada majlis pernikahan Vanessa tahun lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @RoseMerah

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak Rose Merah tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Merah juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.