“Isteri M Rajoli Kini Terlantar,” H!dap Kans3r Payu Da.ra Tahap Empat

MENGHID4P kans3r payu dara tah4p empat, kencing manis, darah tinggi dan lumpvh membuatkan bekas pembaca berita popular RTM dan pelakon, Wan Chik Daud, 80, hanya mampu terbaring di rumah.

Wan Chik mengalami serang4n angin ahmar ringan dua tahun selepas pemergian suaminya yang juga pelakon, Allahyarham M Rajoli pada 2010.

Wan Chik kini tinggal bersama pembantu rumah, Fauziah yang menjaganya dengan baik di rumahnya di Lembah Keramat, Kuala Lumpur sejak tujuh tahun lalu.

Penderitaan Wan Chik mendapat perhatian Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) yang melakukan kunjungan ke rumahnya semalam.

Timbalan Presiden Seniman, Zuraini Kassim berkata, kunjungan dibuat menerusi program Ziarah Prihatin anjuran mereka.

“Saya bersama Ahli Jawatankuasa Seniman dan Persatuan Satria mahu melihat sendiri keadaan Wan Chik yang popular sebagai pembaca berita RTM suatu ketika dulu,” katanya.

Menurut Zuraini, Wan Chik mempunyai empat anak di mana dua daripadanya menetap di Amerika Syarikat dan Singapura. Dua lagi anaknya menetap di Kuala Lumpur.

Menurutnya, Wan Chik dijaga dengan baik oleh Fauziah, namun dia perlu memakai lampin pakai buang kerana sukar bergerak ke tandas.

“Pendengarannya masih jelas dan penglihatan juga masih terang. Dia juga masih boleh bercakap tetapi dengan nada suara perlahan seakan berbisik. Dia masih mengingati dan mengenali kawan-kawan yang datang menziarah semalam,” katanya.

Zuraini berkata, Wan Chik juga amat terharu dengan kunjungan mereka sehingga menitiskan air mata.

Wan Chik pernah berlakon dengan Allahyarham Tan Sri P Ramlee menerusi filem Do Re Mi ketika zaman kegemilangan Studio Merdeka di Kuala Lumpur.

Selepas itu, dia meneruskan kerjaya bersama RTM sehingga bersara.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @RoseMerah

Sumber : hmetro

PERHATIAN: Pihak Rose Merah tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Merah juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.