“Suami Isteri Yang Menjaga Solat, Rumahtangga Dia Kukuh…” Bakal Pengantin Kena Tahu Ini.

Dalam sebuah rumah, tiangnya sangat penting untuk pastikan rumah tersebut kukuh dan mampu bertahan lama. Sama juga dalam rumahtangga, pegangan agama adalah sangat penting untuk pastikan rumahtangga yang terbina itu lebih kukuh dan juga kuat.

Pegangan agama yang kuat serta kukuh dalam sebuah perkahwinan adalah tiang kebahagiaan rumahtangga seperti mengamalkan solat berjemaah dengan kerap dapat eratkan lagi hubungan suami isteri serta mendapat restu dari Allah swt.

Kadang kala, kegagalan dalam rumahtangga hingga menyebabkan berlakunya penceraian bukan berpunca daripada berlaku kecurangan, masalah kewangan serta campur tangan orang ketiga tetapi lebih kepada sikap enggan menunaikan solat lima waktu sehari.

“Kegagalan menjaga rukun Islam kedua itu menyebabkan wujudnya habluminassyaitan iaitu hubungan yang terbina antara manusia dengan syaitan,” kata Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri melalui laman Instagramnya.

Kalau solat ini merupakan hablumminannas iaitu hubungan sesama manusia, bila mana wujudnya habluminnallah iaitu hubungan manusia dengan Allah, maka hablumminannas akan terwujud.

Bila wujudnya hablumimallah, maknanya tidak wujud lagi hablumminasyaitan keran sifat syaitan akan pisahkan suami isteri, tetapi apabila ini berlaku, dia akan jadi kukuh dan ampuh.

Solat berjemaah seisi keluarga

Jelasnya, antara tanggungjawab nabi Muhammad saw apabila berada di rumah adalah mengajak keluarganya menunaikan solat.

“Mintalah keluarga kamu untuk solat dan sabar dalam mengerjakannya. Itu tiang agama.”

Tuan-tuan minta maaf cakap ekstrem sikit, kenapa rumahtangga keluarga bercerai berai? Minta maaf kita minta berlindung daripada Allah swt, biarlah keluarga kita baik-baik semuanya.

“Salah satu puncanya tak pernah solat berjemaah bersama-sama. Sebab itu cerita ayat cerai dalam al-Quran seperti surah Al-Baqarah.

Menurutnya, di celah-celah ayat c3rai, Allah sengaja menyebut sepotong ayat yang menyuruh umat manusia menjaga solat lima waktu dan juga solat pertengahan penuh taat serta patuh.

Kemudian bincang balik ayat cerai, ulama fikir apa puncanya. Fikir punya fikir, mereka kata apa?

“Siapa yang jaga solat, rumahtangga dia kukuh,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

Antara punca keretakan rumahtangga adalah… Kredit: @sakeena.tv

A post shared by Mufti Wilayah Persekutuan (@drzulkifli.albakri) on

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @RoseMerah

Sumber :baituljannah

PERHATIAN: Pihak Rose Merah tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Merah juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.