“Kami Diperlakukan Sepeti Penj3nayah..” Hadir Ke Majlis Resepsi, Ibu Sufie Rashid Dakkwa Dithan Dan Dihalang Masuk

Sekali lafaz, penyanyi Sufie Rashid kini sah bergelar suami kepada usahawan, Nurulain Md Yusof pada 21 September lalu.

Sekali gus, majlis resepsi yang diadakan pada Sabtu lalu berjalan lancar dan meriah.

Bagaimanapun, ibu kepada  juara Akademi Fantasia 2015 itu yang dikenali sebagai Irma Suriana Mahamud ada memuat naik sepotong video di Facebooknya yang merakamkan sekitar majlis persandingan anak lelakinya itu.

Menerusi video tersebut, Irma dilihat mulai naik ke atas pelamin lalu mencium dan memeluk anaknnya, namun dipercayai kelihatan seperti Ain beredar begitu sahaja.

Menyatakan rasa, Irma ada memuat naik kapsyen dengan panjang lebar, menerusi Facebook.

“Sejujur nya saya minta maaf buat semua kenalan dan sahabat2 yg saya tidak kesampaian untuk mengundang anda.

“Hampa dan remuk di perlakukan begini. Sesungguh nya saya ibu kepada nya dan terang2 nama saya ada di kad undangan itu sabagai mak pengantin.

“Malang nya setiba nya saya, anak2 serta menantu, kami di perlakukan seperti penjenayah yg ingin merusak kan majlis itu. Saya di tahan dan di halang untuk masuk. Sedangkan itu ialah majlis satu2 nya anak laki2 saya.

“Mmang naluri ibu tidak pernah salah. Di sebalik yg berlaku, ada anasir2 jahat yg memainkan peranan besar untuk menguasai majlis itu dengan menghasut semua keluarga dan menyingkirkan saya dan adik2 nya.

“Bukan hanya itu, ada tetamu yg menayakan saya tapi anasir jahat menjawab secara biadap. Ada juga yg di soal siapa yang undang? Lalu tamu saya menjawab ‘Mesti lah mak pengantin yg undang, ini kan majlis anak nya’,” tulis Irma.

Pada masa sama, Irma turut mempersoalkan tindakan sedemikian sebagaimana yang didakwanya.

“Jika anda berdepan dgn anasir2 biadap begitu, apa prasaan anda? Dan apa tindakan anda?

“Ini pembuka mata buat sesiapa yg telah melakukan kezaliman, penganiayaan dan fitnah.

“Bnyak lagi bukti2 video sahih rakaman yg jelas berbau fitnah.Selama ini saya hnya berdiam sehingga di perlakukan perbagai penyebaran fitnah.

“Jngan pernah kejutkan singa yg sedang tidur lena. This time i will not be quite as i was. Whatever i share and speaks, i will only speaks the truth. InsyaAllah.

“This happen just after we walk out of the lift outside the walk way towards the entrance. If there’s camera there, pls play back and have a good look of it,” tulisnya panjang lebar.

Terdahulu, Sufi menyerahkan wang hantaran berjumlah RM20,000, mas kahwin RM910 dan sebentuk cincin kepada isteri, selain tujuh dulang hantaran berbalas sembilan.


Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @ROSE MERAH

SUMBER: Facebook Irma Mahmud/Sufie Rashid

PERHATIAN: Pihak ROSE MERAH tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak ROSE MERAH juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.