‘Cukuplah bantu saya’

“TERIMA kasih dan cukuplah setakat ini beri bantuan kepada saya yang sudah lebih dari cukup. Saya malu kerana bukan sifat diri untuk meminta-minta, cuma waktu itu saya terlalu bvntu mengenangkan nasib suami dan anak-anak yang sedang kelaparan,” kata Norhaida Kharuddin, 34.

Sambil menangis, suri rumah itu mengakui malu apabila kisahnya meminta bantuan makanan untuk keperluan lima anaknya berusia antara dua hingga 12 tahun tul4r di media sosial, semalam.

Menurutnya, dia tidak menyangka tind4kannya membenarkan masal4hnya itu dikongsi di Facebook (FB) mendapat perhatian meluas sehingga pelbagai pihak tampil untuk membantu.

“Sejujurnya, kehidupan kami tujuh beranak tidaklah terlalu susah atau senang walaupun pendapatan suami, Mohd Adam Ezam, 38, sebagai kelindan lori hanya RM500 hingga RM1,000 sebulan.

“Cuma kebetulan ketika itu suami tiba-tiba pengsan dan dimasukkan ke zon mer4h Hospital Sungai Buloh, Selangor akibat ser4ngan jantvng dan pada masa sama kami anak beranak terpvtus bekalan makanan di rumah.

“Waktu itu, saya terlalu bvntu dan hanya terfikir untuk meminta bantuan Uncle Kentang (Kuan Chee Heng) kerana mengikuti ‘page’ FB beliau yang banyak membantu golongan susah,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Debunga, Merlimau di Jasin, semalam.

Bercerita lanjut Norhaida berkata, sebelum kejadian, suami diarahkan majikannya ke Kuala Lumpur bersama pemandu lori.

“Pada jam 11.30 pagi, pemandu lori menelefon saya memaklumkan suami tiba-tiba pengs4n dan dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh.

Suami masih tidak sedarkan diri sehingga jam 2 petang dan ditempatkan di zon mer4h membuatkan saya semakin takvt dan bvntu memikirkan kesihatannya.

“Saya takut kerana berada jauh apatah lagi selama 13 tahun berkahwin, dialah tempat kami anak beranak bergantvng hidup,” katanya cuba menahan tangiisan.

Walaupun mengakui malu dengan tindakannya itu, Norhaida berkata, dia amat berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan keselamatan suaminya yang sudah pun sedar semalam tetapi masih belum dibenarkan pulang sehingga kesihatannya stabil.

Wanita itu turut berterima kasih kepada semua pihak yang segera menghulurkan bantuan sehingga dia mendapat bekalan makanan yang lebih dari cukup.

“Saya rasa cukuplah setakat ini bantuan dihulurkan dan berharap masyarakat tidak menyalahkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), institusi zakat, Baitumal, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) atau sesiapa sahaja.

“Lagi pun memang selama ini saya tidak pernah meminta bantuan daripada semua agensi itu kerana merasakan ada mereka yang lebih layak dibantu,” katanya sebak.

Bagaimanapun, Norhaida berterima kasih kepada MAIM dan JKM yang telah berkunjung ke rumahnya semalam (Rabu) sebelum meluluskan bantuan bulanan makanan asasi sebanyak RM250 dan RM400 sebulan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @RoseMerah

Sumber : HM

PERHATIAN: Pihak Rose Merah tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Merah juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.