“Mulut-mulut macam mereka ni kita kena ajar” – Nourul Wahab berang netizen tak hormat Tunku Azizah

ISU buli siber dengan kata-kata negatif segelintir netizen terhadap Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mengundang rasa mar4h banyak pihak termasuk penyanyi Nourul Wahab.

Menurut Nourul atau nama sebenarnya Noorul Huda Abdul Wahab, 41, perbuatan berkenaan disifatkan sebagai keterl4luan dan biad4b lebih-lebih lagi kepada Tunku Azizah.

“Sebagai artis, individu yang selalu kena makii, kena kutvk… ya saya anggap ia perkara biasa kerana kami tak ada tittle Duli Yang Maha Mulia.

“Mereka gunakan media sosial untuk lepaskan ger4m, luahkan rasa sampai mereka sendiri dah tak tahu adab nak hormat orang. Kita boleh tengok sesetengah orang ni tak ada otak dan biadab.

“Saya rasa sangat marah sebab dah selalu kena dan mereka senang-senang guna media sosial untuk lepaskan dendam,” ujarnya.

Nourul meluahkan rasa marah dengan segelintir netizen yang meninggalkan komen negatif terhadap Tuanku Permaisuri Agong.

Nourul berkongsi mengenai perkara itu menerusi sebuah posting yang dimuat naik ke laman Instagram miliknya pada Rabu.

Selain itu kata Nourul, sebagai rakyat yang hidup berlandaskan institusi Raja Berperlembagaan, kita perlu menghormati sistem berkenaan.

Malah Nourul turut menyuarakan pendapat agar individu berkenaan perlu dikenakan tindakan bagi memberi pengajaran agar sikap biad4b seperti itu tidak lagi berulang.

“Kita ni nak pemimpin berjiwa rakyat tapi kita asyik mengata permaisuri. Tunku manusia biasa yang nak kongsi mengenai kisah hidup, untuk memberi inspirasi… bukan saja-saja share atau menunjuk.

“Apabila ada manusia begini memang saya geram. Kita enjoy tengok kehidupan yang dikongsikan permaisuri… Saya rakyat dari negeri yang tiada raja, jadi saya seronok tengok video Tunku.

Pendapat saya mereka perlu ditangkap untuk diberi pengajaran kerana media sosial itu bukan tempat untuk mereka meluahkan segala-galanya

Nourul Wahab

Penyanyi

“Mulut-mulut macam mereka ni kita kena ajar… sebagai rakyat kita kena ada rasa tanggungjawab kepada institusi diraja dan negara kita. Saya setuju polis tangkap walaupun Tunku tak suka penangk4pan dilakukan.

“Pendapat saya mereka perlu ditangk4p untuk diberi pengajaran kerana media sosial itu bukan tempat untuk mereka meluahkan segala-galanya,” katanya.

Terdahulu, kehilangan akaun Tunku Azizah daripada radar Twitter menimbulkan rasa gusar pengikutnya.

Berikutan itu, beberapa laporan polis turut dibuat terhadap individu yang meninggalkan komen negatif sehingga ia menarik perhatian Tunku Azizah.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @RoseMerah

Sumber : mstar

PERHATIAN: Pihak Rose Merah tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Merah juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.