Tak mampu tolong, lelaki berkaki palsu rakam kawan OKU berkerusi roda selamatkan kucing jatuh parit

Dalam keadaan terbatas dan serba kekurangan, aksi seorang lelaki kelainan upaya (OKU) berkerusi roda yang menyelamatkan kucing di dalam longkang cukup meruntun hati netizen.

Menerusi video berdurasi dua minit lima saat itu, sikap prihatin Abu Fathiyyaturahma menerima pujian ramai.

Malah, video yang dimuat naik menerusi laman Facebook miliknya pada Sabtu sehingga kini menerima lebih 160,000 tontonan.

“Pagi tadi masa dalam perjalanan pergi kompleks sukan Likas kami ternampak seekor anak kucing yang terjatuh dalam longkang besar sedang berpaut kuat di dinding lokang dengan basah kuyup entah dari bila lagi dia di situ.

“Saya pun cuba naikkan kucing tu ke atas, Alhamdulillah kami dapat bantu dia naik,” tulisnya di Facebook sehingga menerima 2,500 tanda suka.

Yang sempurna pun belum tentu buat seperti bro. Tahniah.

NETIZEN

Menurut Abu Fathiyyaturahma lagi, video berkenaan dirakam oleh sahabatnya yang juga seorang OKU.

“Sahabat saya yang merakam video ni juga seorang OKU pengguna kaki palsu.

“Dia tidak boleh turun untuk selamatkan anak kucing tu jadi saya buat keputusan untuk turun selamatkan anak kucing tu,” katanya lagi.

Paparan skrin video tular berkenaan.

Selain dikongsi lebih 1,200 pelayar Facebook, posting itu turut dihujani dengan pelbagai komen netizen.

Malah, ia turut dimuat naik semula ke beberapa halaman Facebook lain sehingga menjadi perbualan ramai.

Rata-rata netizen memuji sikap Abu Fathiyyaturahma dan menyifatkan lelaki itu sebagai pencinta haiwan sebenar.

“Terima kasih. Anda seoang insan yang hebat. Walaupun OKU. Hati anda mulia tanpa mengira kepayahan demi menyelamatkan makhluk Allah yang lain.

“Yang sempurna pun belum tentu buat seperti bro. Tahniah.

“Terbaik… Kekurangan diri bukan penghalang meneruskan kebaikan kepada manusia mahupun haiwan,” tulis beberapa netizen.

 

PERHATIAN: Pihak Rose Merah tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Merah juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @RoseMerah

Sumber: mstar