“Setiap Malam Terngiang-Ngiang Suara Dia” Masih Bersedih, Luahan Ibu Arwah Zulfarhan Buat Ramai Sebak

Ibu kepada Pegawai Kadet Laut Allahyarham Zulfarhan Osman, Hawa Osman, 56, sebak selepas mhkamah memerintahkan 18 daripada 19 penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) untuk membela diri.

Menerusi laman sosial Twitter, seorang wartawan Astro Awani telah berkongsi sepotong video temubual bersama Hawa sejurus keluar dari galeri awam mahkamah.

“Pemergian Zulfarhan masih terasa. Setiap malam saya akan mendengar suara dia.

“Tambahan lagi bila tiba hari raya, terasa sangat yang dia dah tiada. Saya tak akan lupakan,” jelasnya menerusi video temubual berdurasi 45 saat itu.

Rakaman tersebut ternyata menyentuh hati netizen yang turut sama bersedih dengan inslden yang terjadi kepada keluarga itu

Menerusi video itu juga, ibu dan bapa Allahyarham Zulfarhan, Zulkarnain Idros, 55, turut berterima kasih pada sanak-saudaranya yang setia mengikuti setiap prosiding mhkamah.

Ucapan penghargaan turut diberikan kepada semua wartawan yang datang untuk membuat liputan daripada hari pertama perbicaraan.

Mahkamah Tinggi Kuala Kumpur semalam mengarahkan 18 daripada 19 tertuduh dalam kes kem@tian Allahyarham Zulfarhan untuk membela diri.

Seorang lagi tertvduh, Mohamad Akmal Akif Alias, dilepaskan dan dibebaskan di bawah Seksyen 330 Kanun Kes3ksaan kerana bersvbahat dan mendatangkan kec3deraan.

Kesemua mereka did@kwa terbabit dalam membvnuh dan bersvbahat membvnuh Zulfarhan Osman di bilik 04-10, blok penginapan asrama Jebat, UPNM antara 4.45 pagi dan 5.45 pagi, 22 Mei 2017.

Sumber:Gempak