Netizen Pertahan Zarina Zainuddin Sering Rakam Anak Sedang ‘Tantrum’

Menjadi seorang ibu kepada anak-anak yang menghidapi Autisme bukanlah mudah apatah jika mereka mengalami masalah emosi secara tiba-tiba (tantrum). Itulah yang dihadapi oleh pelakon Zarina Zainuddin dalam membesarkan anak kembarnya, Muhammad Raizal Azrai dan Muhammad Razil Azrai, 23.

Tabah Membesarkan Anak-Anak 

Sabar dan cukup tabah! Itulah yang boleh kami gambarkan buat Zarina yang melayan karenah anak-anaknya itu. Biarpun adakalanya ada diantara mereka secara tiba-tiba mengamvk dan bertindak agresiif ke atas dirinya, bagi pelakon ini sebagai seorang ibu dia harus kuat membesarkan mereka walaupun ada insiiden yang membuatkan dia gagal menahan perasaan sebak.

Netizen Persoal Sikap Zarina Sering Muatnaik Video Anak Tantrum 

Namun begitu, perkongsian video aktiviti dia dan anak-anak termasuklah insiiden yang tidak didvga menerusi laman Instagramnya membuatkan segelintir mempersoalkan tiindakannya memuat naik video seumpama itu saling tidak ubah seperti ingin mencari populariti.

Pertahan Zarina 

Tampil mempertahankan rutin Zarina itu, seorang netizen yang dikenali sebagai @MFNazrinmenerusi laman Twitter menjelaskan antara sebab mengapa pelakon itu berbuat sedemikian. Menolak faktor populariti, baginya sebab Zarina sering memuatnaik video anak-anaknya terutamanya ketika mereka ‘tantrum’ adalah kerana ingin mendidik masyarakat mengenai autism yang ada kalanya telah disalah erti oleh masyarakat.

Malah sebelum ini juga, ramai yang akui mereka belajar mengenai autism adalah menerusi perkongsian daripada pelakon itu. Rata-rata netizen yang lain turut bersetuju selain mendoakan yang terbaik buat Zarina dan anak-anaknya.

 

Sumber: Instagram zarinazzainuddin